Monday, July 8, 2013

Perjalanan di Bawah Awan







               Berat untuk aku ungkapkan perasaan ini , bukan lah sebab aku mementingkan diri tapi ianya adalah berkaitan dengan hati .

               Kisah semalam aku bawakan bersama hari , hari yang aku lalui dengan penuh iri . Iri yang dipenuhi dengan perasaan dengki . Namun itu lah yang aku rasai . Kisah semalam masih lagi hidup bersama hari , aku cuba menjadi lebih berdikari untuk aku bangun dan megah berdiri . Aku sudah menghampiri kembali semula jalan ke sisi . Sisi yang penuh bererti dengan kegemilangan fantasi tetapi aku tetap teguh bersama realiti . 

               Perjalanan ini tidak berseri lagi namun aku cuba untuk kembali menyinari , menyinari hari yang aku impi .

               Aku sedari , " duka , gundah dan derita itu tidak diminta oleh diri " tetapi aku akui  , akui yang ia adalah ujian daripada Illahi . Pasti akan ada kebahagian yang diberi , disebalik penderitaan yang kita jalani , itu yang aku cuba mengerti . 

             Aku cuba kembali pada jalan,untuk  aku terus melangkah mengikut setiap percaturan . Aku sedar aku masih berteduh di bawah lautan awan  dan berjalan di atas luas daratan . 

"Aku masih berpijak pada jalan . Jalan mencari kebahagiaan . Kebahagiaan bersama-Mu , Tuhan "